Ikan Carp adalah datang dari keluarga Cyprinidae(minnow and keluarga karp). Cyprinus carpio adalah mudah dikenali dengan melihat kepada sepasang sirip setiap bahagian pada sebelah atas insang. Comman Carp adalah spesis karp yang terbesar boleh di dapati dalam keluarga minnow. Kebanyakannya badan ikan ini seberat dari 1 hingga 10 lbs dan 12-25 inches panjang, tetapi boleh juga membesar sehingga 80 lbs.
Terdapat pelbagai karp biasa yang dapat ditemui di seluruh dunia. Karp adalah spesisi ikan air tawar yang boleh dijumpai di sekitar sungai-sungai besar di sekitar Eropah dan Asia. Ikan Karp adalah omnivorous. Mereka makan tumbuh-tumbuhan dengan memakan tumbuhan air dan juga beberapa jenis serangga yang hidup di dasar air termasuk plankton dan cacing tanah. Ada juga orang menganggap ikan emas juga adalah dari keluarga karp walaupun sebenarnya ikan emas dan karp adalah dua spesis yang amat berbeza.
Untuk menangkap ikan Karp bukanlah senang dan ia memerlukan beberapa teknik asas yang perlu diketahui yang akan membantu anda menangkap carp sasaran anda lebih pantas dan mudah pada kali pertama.